Sunday, April 20, 2008

PETUA IMAM SHAFIE

Petua Imam Shafie
4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Cara tidur
1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Thursday, April 17, 2008

Pertemuan CUEPACS dengan Perdana Menteri - *Kerajaan setuju tingkat had umur bersara * Tiada honorarium RM2,000

Pertemuan CUEPACS dengan Perdana Menteri - *Kerajaan setuju tingkat had umur bersara * Tiada honorarium RM2,000

PUTRAJAYA 17 April - Kerajaan bersetuju memenuhi lima daripada enam permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dikemukakan bagi meningkatkan kebajikan 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, lima tuntutan yang diterima itu adalah berkaitan kadar pencen, lanjutan umur persaraan, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan.

Bagaimanapun, kata beliau, tuntutan CUEPACS supaya kakitangan awam diberikan honorarium RM2,000 tidak dapat diterima kerajaan.

‘‘Kami gembira dan puas hati dengan pertemuan hari ini. Tolak honorarium sahaja, yang lain kami dapat. Butiran lanjut mengenai lima tuntutan yang dipenuhi itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri sedikit masa lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Terdahulu, beliau yang mengetuai sembilan pegawai kanan CUEPACS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan enam tuntutan kongres itu di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan selama 45 minit itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
CUEPACS sebelum ini mengancam akan memboikot sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini jika kerajaan enggan memenuhi enam tuntutan yang telah dikemukakan oleh kongres itu sejak tiga tahun lalu.

Enam tuntutan tersebut ialah pemberian honorarium RM2,000 kepada kakitangan awam, pemberian kadar pencen mengikut perkhidmatan, lanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan kepada RM230 berbanding RM180 hari ini.

Wednesday, April 16, 2008

4 cara capai cinta Allah

4 cara anda ingin cinta kepada Allah

Dr 'Aidh Abdullah Al Qurni menulis dalam bukunya "Jagalah Allah Allah menjagamu" telah melakarkan 4 cara bagi seorang yang mengaku beriman kepada Allah untuk mencapai cinta Allah :

1) Banyak membaca Al Quran.
2) Zuhud dan Menghilangkan Cinta Kepentingan Duniawi.
3) Menghidupkan Waktu Malam Dengan Beribadah.
4) Menghayati Ayat-ayat Allah dan Keagungannya.

Justeru takutlah Allah kerana ketika kita takut kepada Allah, maka bangsa-bangsa, orang-orang yang jahat dan para penentang takut kepada kita. Namun ketika kita tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikan kita takut kepada mereka.

Al Faqir ila Afwillah ibnuhashim_74@yahoo.com

Monday, April 14, 2008

umat islam selepas rabiul awal

12 rabiul telah berlalu. Banyak program dibuat untuk memperingati kelahiran Rasulullah. Forum, ceramah semakin banyak diadakan. Namun yang menyedihkan semakin banyak program tersebut diadakan semakin jauh umat Islam dengan Islam.

Oleh kerana itu ada beberapa cadangan yang perlu diambil berat :

1. Pihak masjid mengadakan kelas mengaji kitab sirah nabi
2. Maulid nabi diadakan sepanjang tahun.
3. Semarakkan budaya sunnah nabi di peringkat keluarga, kampung, daerah, negeri dan negara.
4. semua pihak mesti berperanan mengamalkan sunnah nabi.
5. Kesedaran ummah perlu dalam membudayakan kehidupan mengikut sunnah Rasulullah.

Justeru suara pusat islam hari ini, menyeru seluruh warga PTSS dan umah islam bangkit mempertahankan sunnah Rasulullah.

Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa
KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.
"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.
Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
ULASAN Al fadhil Zaharuddin Bin Abd Rahman
Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.
Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.
Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.
Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.
Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.
Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.
Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'
Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.
Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..
Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.
Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.
Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w bersabda :-
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)
Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-
Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)
Rintihan Zikrullah pengubat jiwa

Oleh ZUARIDA MOHYIN

HANYA dengan mengingati Allah SWT hati akan menjadi tenang. Lantaran itu, zikrullah adalah salah satu kaedah paling mudah dipraktikkan untuk mengingati Allah SWT. Apatah lagi jika dilakukan di dua pertiga malam. Hakikatnya, zikir dapat mententeramkan jiwa dan menenangkan hati serta ubat mujarab kepada kesedihan dan kegelisahan.Bertepatan dengan galakan agar berzikir diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian maka penerbitan album zikir munajat berjudul, Rintihan Zikrullah adalah hasil kerjasama Islamic Media Entertainment (IME) dengan Rabbani Production (M) Sdn. Bhd. adalah semata-mata mengharapkan elemen-eleman di atas.

Album yang sudah berada di pasaran sejak awal April ini menampilkan vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim pasti membuatkan pendengar terkesima dengan kelunakan dan kemerduan suara istimewanya. Bait-bait zikir yang dialunkan Asri mampu membantu dalam usaha pembinaan rohani terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Album munajat ini menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat al-Quran dan bait-bait rintihan yang akan meruntun hati dan mendidik jiwa. Malah ia menjadi satu wadah untuk melembutkan hati sekali gus mendekatkan diri kepada Allah.

Album ini juga mengandungi 18 trek yang didahului dengan alunan zikir Laila haillallah dan disusuli dengan zikir-zikir lain antaranya; Allahu Ya Allah, Subhanallah, Doa Keamanan, Hasbiallah, Ilahi Ya Rabbi, Ilahilastulil Firdaus dan Astagfirullah.
Lagu berjudul Munajat merupakan satu lagu bonus yang menampilkan sebuah lagu baru yang begitu sayu dan syahdu.

Album ini sangat sesuai didengar oleh semua peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa.
Ia dijual pada harga RM19.90 bagi cakera padat (CD) dan RM13.90 untuk kaset.

salam rabiul akhir

Assalamualaikum warahmatullah

Salam rabiul Akhir buat semua warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin